My Robotic Challenge (MYRC)
My Robotic Challenge (MYRC) adalah program cabaran inovatif yang direka khas untuk mengasah kreativiti kanak-kanak melalui penggunaan alat pembelajaran ‘Reka Edukit’ dan Robot Autonomi ‘Mikrobotik’.
Program ini menggabungkan elemen pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dalam bentuk yang menyeronokkan dan penuh cabaran. Kanak-kanak akan diberi peluang untuk mencipta, membina dan memprogram robot mereka sendiri sambil belajar menyelesaikan masalah dunia sebenar.